BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb 2004 – Seorang suri rumah yang sedang membersihkan halaman rumahnya di sebuah kampung di Berakas, terkejut apabila terjumpa seekor kala jengking yang kemudiannya disusuli dengan penemuan enam ekor lagi serangga berbahaya itu.
Menurut suaminya, sejurus selepas dimaklumkan mengenai penemuan kala jengking berkenaan, beliau dan isterinya mengangkat timbunan atap rumah yang terdapat di situ.
“Sebaik timbunan atap itu dibuka, kami dapati ada enam ekor lagi kala jengking yang menjadikan timbunan atap berkenaan sebagai tempat berlindung.
“Kami beljaya membunuh enam ekor kala jengking berkenaan manakala seekor lagi sepanjang enam inci, mungkin ibunya sempat melarikan diri,” katanya kepada Media Permata.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutama jiran-jiran beliau supaya lebih berhati-hati apabila membersih kawasan haIaman rumah.
“Maklumlah kita tidak tahu apa yang terdapat di sebalik sebarang timbunan sama ada sampah atau kayu,” katanya.