Thursday, August 11, 2022
22.8 C
Brunei

‘Kalah bukan alasan untuk bersara’

-

LONDON, 30 JUN – Andy Murray berhasrat untuk kembali beraksi di Kejohanan Wimbledon pada tahun depan setelah berhadapan dengan kekalahan di pusingan kedua kepada John Isner, kelmarin, menjadikan ia sebagai kekalahannya paling awal pernah berlaku di Kelab All England.

Juara dua kali itu, 35, mengalami kesukaran menjinakkan pihak lawan, gagal untuk mendapatkan breakpoint dalam perlawanan di Centre Court tersebut dan terpaksa menerima kekalahan dengan keputusan 6-4, 7-6 (7/4), 6-7 (3/7), 6-4.

Bintang pemain Britain tersebut memiliki rekod terbaik dalam Grand Slam, berjaya menjulang trofi kemenangan pada 2013 dan 2016. Namun, insiden penyingkiran awal yang berlaku pada pusingan ketiga adalah pada 2005 dan tahun lalu.

Walau bagaimanapun, pemain ranking ke-52 dari Scotland itu berkata bahawa dia tidak merancang untuk bersara dan prestasinya adalah lebih baik daripada tahun lalu.

“Permainan saya memang sudah pasti di tahap yang terbaik. Secara fizikal, saya berasa bagus, kecuali selepas kejohanan Stuttgart pada awal bulan ini, ia sangat mengecewakan.

“Saya mungkin mempunyai peluang yang baik di sini. Salah satu sebab kenapa meningkatkan ranking dan berusaha untuk menjadi pemain pilihan adalah penting, iaitu agar dapat menghindari aksi menentang pemain-pemain terbaik dan berbahaya seperti mereka di awal pertandingan,” kata Murray.

Selain itu, rancangan masa depannya bergantung pada ketahanan dirinya.

Murray mengalami beberapa kecederaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah menjalani dua pembedahan pinggang.

“Jika secara fizikal, saya di tempat yang baik, saya mungkin akan terus bermain. Tetapi ia tidaklah mudah untuk mengekalkan kecergasan badan di tahap yang optimum untuk bertanding di peringkat tertinggi,” tambahnya. – AFP

Aksi Andy Murray ketika membalas pukulan semasa menentang John Isner dalam perlawanan perseorangan di kejohanan Wimbledon, London. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Virus Langya jangkiti 35 individu di China

BEIJING, 10 OGOS – Saintis-saintis telah mengesan virus baharu yang dikatakan berasal dari haiwan di timur China yang telah menjangkiti puluhan orang, lapor BBC...
- Advertisment -