Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kalah kes rayuan, Paratici letak jawatan

    LONDON, 21 APRIL – Pengarah urusan bola sepak Tottenham, Fabio Paratici meletak jawatan pada hari ini selepas kalah dalam rayuan terhadap larangan 30 bulan di seluruh dunia.

    Paratici telah dikenakan penggantungan oleh persekutuan bola sepak Itali (FIGC) pada Januari selepas bekas kelabnya, Juventus didapati bersalah atas perakaunan palsu.

    Pada mulanya larangan itu hanya dikenakan ke atas tanah airnya, bermakna dia bebas untuk terus bekerja di Spurs, yang disertainya pada Jun 2021.

    Bagaimanapun, FIFA bulan lepas melanjutkan skop larangan itu untuk berkuat kuasa di seluruh dunia, berikutan permintaan daripada persekutuan Itali.

    Pada Khamis, rayuan Paratici telah ditolak oleh mahkamah sukan tertinggi Itali.

    “Walaupun masih terdapat pertikaian mengenai skop dan tahap larangan itu, larangan di seluruh dunia telah menghalang Fabio daripada memenuhi tugasnya sebagai pengarah urusan bola sepak kami,” kata Tottenham dalam satu kenyataan.

    “Fabio kemudiannya telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya di kelab berkuat kuasa serta-merta untuk memberi tumpuan kepada kedudukan undang-undangnya berkenaan keputusan FIGC dan FIFA.”

    Paratici telah pun berundur daripada peranannya sementara menunggu rayuan dengan Scott Munn dilantik sebagai ketua pegawai bola sepak baharu Tottenham awal bulan ini. – AFP

    Paratici terpaksa mengundurkan diri setelah kalah dalam rayuannya kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda