Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kalau curang, sila keluar dari rumah sehelai sepinggang’

    Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tidak akan melenting sekiranya suami berlaku curang dalam rumah tangga.

    Sebaliknya kata Datin Seri Nur Shahida, 40, dia akan meminta pasangan meninggalkan rumah mereka tanpa membawa sebarang harta.

    “Aku tidak minta tapi andailah kata satu hari nanti kalau ada (curang), aku memilih untuk tidak bergaduh. Kau nak pergi, pergilah.

    “Tapi yang penting wasiat kau atas nama aku. Kau (lelaki) tolong keluar rumah sehelai sepinggang, itu sahaja aku minta.

    “Dengar ya Aliff Syukri, ini pesanan mama laris (panggilan Shahida) kalau awak ada perempuan lain satu hari nanti, saya takkan bergaduh dengan dia (penyondol). Tapi tolong keluar daripada rumah ini,” katanya.

    Shahida berkongsi perkara itu bagi menjawab pertanyaan warganet menerusi sesi siaran langsung yang dibuat di TikTok miliknya.

    Dalam pada itu, Shahida memberitahu sebagai wanita mereka perlu bersikap tegas dan bijak dalam menyelesaikan isu rumah tangga.

    “Apa yang penting saya tuntut harta sepencarian. Walaupun rumah atas nama suami, kita berhak tuntut harta sepencarian.

    “Kita perempuan perlu ada ketegasan sebab itu papa (panggilan Aliff) takut dengan aku. Jadi perempuan ini kena bijak. Jangan ikut emosi,” ujarnya.

    Malah baginya tidak perlu mempertahankan rumah tangga jika suami ada menyimpan perasaan terhadap wanita lain.

    Dia juga berharap Aliff akan bersikap jujur dalam perkahwinan termasuk berkaitan isu orang ketiga.

    “Lelaki kalau dia dah gila bayang dengan perempuan lain, engkau buat apa pun dia takkan pedulikan kau.

    “Jadi tak ada guna kau pertahankan lelaki macam itu. Kau merayulah kalau keluar air mata darah pun dia takkan tinggalkan perempuan tu kalau memang itu kemahuannya,” luahnya.

    Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga dengan Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata. – Agensi

    Shahida akan menuntut harta sepencarian jika suaminya, Aliff Syukri berlaku curang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda