Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kalau dah jodoh saya terima – Syazwan

    Penangan watak Helmi serta Sophie menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 membuatkan peminat mahu pelakon Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila bercinta di alam nyata.

    Syazwan atau nama sebenarnya Mohd Syazwan Zulkifly, 33, berkata dia tidak pernah berasa rimas dengan permintaan peminat itu.

    Dia berpendapat lakonannya dengan Wan Sharmila telah berjaya memberi kesan kepada peminat sehingga mahukan ianya benar terjadi.

    “Mungkin disebabkan saya dan Lala (Wan Sharmila) masih single. Jadi, peminat mahu jodohkan kami berdua.

    “Bagi saya, itu bukan satu masalah dan saya tak rasa rimas pun bila peminat jodohkan. Maksudnya lakonan saya dan Lala memberi kesan.

    “Kalau orang tak bercakap tentang kami berdua, itu bermakna lakonan kami tidak berjaya la dan buat penat sahaja berlakon,” kata Syazwan kepada media.

    Gandingan Syazwan dan Wan Sharmila sebagai suami isteri dalam drama tersebut mendapat pujian penonton yang mahu menjodohkan mereka.

    Selain Syazwan dan Wan Sharmila, 7 Hari Mencintaiku 2 turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Saleha, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Liza Abdullah dan ramai lagi. Dalam pada itu, Syazwan memberitahu dia sudah lama mengenali Wan Sharmila dan baginya wanita itu seorang yang berdikari.

    “Saya sudah lama mengenali Lala dan secara peribadi dia seorang yang berdikari, straight forward dan sweet. – Agensi

    Peminat mahu pelakon Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila bercinta di alam nyata.
    – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda