Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kalau tak nak, kenapa tawarkan saya dari awal?’

    Bagai memberikan harapan palsu, pelakon Kodi Rasheed kecewa apabila tawaran lakonan diterima dibatalkan tanpa pengetahuan oleh pihak produksi.

    Kodi atau Mohd Zhazmeer Mohd Rasheed, 33, mendedahkan pihak produksi berkenaan juga enggan bertanggungjawab sebaliknya meletakkan kesalahan di bahu pihak stesen TV.

    “Saya dah banyak kali kena, ada 10 kali rasanya. Penerbit beri tawaran berlakon dan saya pun dah setuju.

    “Selepas itu, mereka tak jadi ambil. Terus senyap. Tahu-tahu dah mula penggambaran.

    “Bila saya tanya apa masalahnya cuma waktu itu mereka salahkan stesen TV pula,” katanya kepada mStar.

    Kodi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri Salju Rindu Di Bumi Auckland yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

    Mujur dengan bantuan daripada rakan dalam syarikat penerbitan tersebut, Kodi akhirnya mengetahui situasi sebenar.

    “Kebetulan saya berkawan dengan PM (pengurus produksi) jadi saya bertanyakan kepada mereka.

    “Ada juga saya bercakap dengan pengarah drama tersebut.

    “Sebenarnya saya dapat tahu perkara sebenar yang penerbit tak mahu ambil saya. Kalau tak nak, kenapa tawarkan saya dari awal?” ujarnya. – Agensi

    Kodi percaya rezeki itu adalah ketentuan Ilahi. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda