LONDON, 29 MAC – Peminat Formula Satu mungkin belum dapat mengetahui keputusan sama ada Grand Prix British tahun ini akan berlaku atau tidak.
Pegawai-pegawai sukan motor cuba merangka musim yang disemak semula selepas lapan pembukaan kejohanan daripada musim kempen 2020 dibatalkan akibat wabak COVID-19.
Satu lagi komplikasi untuk penganjur Grand Prix British bahawa All England Club bakal mengadakan sidang mesyuarat kecemasan dalam beberapa hari akan datang mengenai sama ada kejohanan tenis Wimbledon tahun ini akan diteruskan atau tidak.
Wimbledon sepatutnya selesai seminggu sebelum kejohanan Grand Prix British di Silverstone, England.
Memindahkan acara tenis adalah satu pilihan dan boleh membawa kesan pada kejohanan Grand Prix pada 19 Julai.

Pengarah Urusan Silverstone, Stuart Pringle berkata, keputusan sama ada Grand Prix diteruskan perlu diadakan 12 minggu sebelum tarikh perlumbaan yang dijadualkan.
“Bukan keputusan kami sahaja,” kata Pringle.
“Kami tidak akan melakukan apa-apa tanpa perjanjian dengan Formula Satu dan cabaran-cabaran akan dihadapi dengan menukar kalendar antarabangsa.
“Kami cuba mencari jawapan yang betul, tetapi 12 minggu adalah tarikh yang padat untuk menukar semula kalendar antarabangsa.”
Sementara itu, tujuh pasukan Formula Satu yang berpangkalan di UK telah memberi respons daripada panggilan kerajaan British untuk mendapatkan bantuan dengan alat perubatan untuk membantu merawat persakit-pesakit COVID-19. – AFP