Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kalimah Allah tertera pada telur

    KUANTAN – Seorang pengusaha kuih tradisional tidak menyangka sebiji daripada telur yang dibelinya di sebuah pasar borong di sini, tertera kalimah Allah.

    Nor Saidatul Nadia Mohamad, 29, berkata dia menyedari tentang adanya kalimah itu semasa sedang memecah telur bersama seorang pekerja untuk menyiapkan tempahan kuih oleh sebuah asrama sekolah di sini, baru-baru ini.

    “Pada awalnya saya agak hairan kerana permukaannya tidak rata. Semasa menilik telur itu, saya melihat ada jalur pada bahagian kulit dan apabila diamati, ia sebenarnya kalimah Allah.

    “Saya membatalkan niat untuk menggunakan telur itu dan segera mengasingkannya serta menyimpannya dengan cermat di dalam peti sejuk,” katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di Taman Sungai Isap Jaya di sini, baru-baru ini.

    Nor Saidatul Nadia Mohamad menunjukkan sebiji telur ayam yang dibelinya di sebuah pasar borong di sini, tertera kalimah Allah semasa ditemui di rumahnya di Taman Sungai Isap Jaya baru-baru ini. – Bernama

    Kalimah Allah terukir pada sebiji telur ayam yang dibeli seorang penduduk di Taman Sungai Isap Jaya. – Bernama
    Kalimah Allah terukir pada sebiji telur ayam yang dibeli seorang penduduk di Taman Sungai Isap Jaya. – Bernama

    Nor Saidatul Nadia berkata dia tidak memaklumkan sesiapa mengenai penemuan itu, namun mengubah fikiran semalam dengan bercerita kepada anggota keluarganya.

    “Bapa saya kemudiannya memberitahu beberapa orang lain. Saya diberitahu ada yang berminat untuk membeli telur itu dengan harga RM100,” katanya.

    Beliau bagaimanapun tidak berminat untuk menjual telur itu kerana mahu menyimpannya sebagai koleksi peribadi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda