Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kalimah nama Allah pada selipar

    PUTRAJAYA, 29 Mac – Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan aduan orang ramai berhubung penjualan selipar yang didakwa tertulis kalimah nama Allah iaitu Ya Hayyu Ya Qayyum adalah benar.

    Pengerusinya, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata lembaga itu telah meneliti selipar berkenaan dan mendapati adalah benar tertulis kalimah Ya Hayyu Ya Qayyum yang mempunyai kalimah suci daripada Asma’ al-Husna (Himpunan 99 Nama Allah).

    “Sehubungan itu, rampasan telah dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran juga menasihatkan orang ramai yang telah membeli selipar berkenaan supaya menyerahkannya kepada KDN atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan, katanya.

    Dalam kenyataan berasingan Harussani berkata, semakan dan penelitian Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran mendapati tulisan pada tapak kasut jenama Bata yang tular di media sosial tidak menyerupai kalimah Allah. – Bernama

    ATAS & BAWAH: Selipar yang tertulis kalimah suci daripada Asma’ al-Husna iaitu ‘Ya Hayyu Ya Qayyum’ yang telah dirampas dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986. - Bernama
    ATAS & BAWAH: Selipar yang tertulis kalimah suci daripada Asma’ al-Husna iaitu ‘Ya Hayyu Ya Qayyum’ yang telah dirampas dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda