TUTONG, 19 Januari 2007 – Sebuah keluarga di Kampung Danau terkejut apabila daging korban yang diterima mereka seakan-akan menunjukkan tertera kalimah ‘Allah’ di dalamnya.
Lelaki penerima daging korban yang enggan namanya disiarkan memberitahu Media Permata bahawa daging korban itu diperoleh pada majlis korban.
Daging itu sudah dimasak untuk dijadikan sup daging dan apabila isterinya memotong daging itu supaya cepat masak.
Beliau mendakwa mereka sekeluarga terpaku melihat bahagian dalam daging korban itu yang dipotong mempunyai kalimat seperti kalimah ‘Allah’ di kedua-dua belah daging korban itu.
Sehingga ke hari ini, keluarga berkenaan masih menyimpan daging itu sebagai kenangan.