Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    ‘Kalinga’ kesejahteraan pekerja

    Beberapa minggu kebelakangan ini saya sering menjadi tempat sandaran adik ipar saya untuk berkongsi masalah dan mengadu keluh kesah yang saya rasakan cukup menarik untuk dikongsikan dalam ruangan Pendapat Pembaca ini agar diambil iktibar bersama oleh pihak relevan dan kitani semua.

    Antara perkongsian tersebut adalah berhubung hal ehwal kesejahteraan pekerja yang hanya dipandang sebelah mata oleh pihak pengurusan syarikat tertentu di negara kita khasnya di sektor swasta. Agak mengecewakan melihat bagaimana pihak pengurusan sumber manusia (HR) dalam organisasi sesebuah syarikat itu tampak acuh tak acuh sahaja terhadap kesejahteraan para pekerja. Mereka yang seharusnya mengambil peduli atau ‘kalinga’ akan kepentingan dan keselesaan serta kesenangan pekerja dalam organisasi, seolah-olah telah melupakan tanggungjawab yang mendasar jawatan mereka.

    Lantaran itu, memang tidak dapat disangkal bahawa pekerja adalah aset paling berharga dalam sesuatu organisasi. Namun, seringkali terlihat bagaimana pihak HR terlalu sibuk dengan birokrasi, kepentingan sendiri dan mematuhi peraturan tanpa benar-benar memahami keperluan individu di dalam organisasi tersebut. Perlakuan HR adakalanya seolah-olah para pekerja adalah sekadar angka dalam lembaran gaji, tanpa memedulikan keseimbangan kerja-kehidupan, hak asasi dan kesejahteraan mental.

    Rentetan perkara inilah penting bagi pihak HR untuk kembali kepada prinsip sebenar peranan mereka, di mana mereka perlu membuka mata terhadap kenyataan bahawa pekerja yang bahagia dan merasa dihargai akan lebih produktif sekali gus mampu menyumbang secara positif kepada organisasi.

    Semua itu hanya boleh dicapai jika tidak terdapat sebarang anasir negatif bertapak dalam jabatan hal ehwal pengurusan sumber manusia selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet pada 2018 yang mana Baginda bertitah, “Kalau mahu jadi pemimpin yang baik, maka peganglah kuat-kuat prinsip MIB dan juga jangan jadi pemimpin mabuk kuasa, melakukan apa saja untuk kepentingan diri sendiri, lebih daripada kepentingan untuk negara. Di antara tanda-tanda pemimpin mabuk kuasa itu ialah licik mengatur rancangan atau strategi bagi kepentingan sendiri seperti mengamalkan kronisme dan nepotisme untuk mengukuhkan kedudukan dan kuasa.”

    Selain itu, perkara yang patut dianggap signifikan juga adalah pihak HR perlu mendengar aspirasi dan keperluan pekerja, bukan hanya sekadar melibatkan diri dalam rutin formaliti atau memenuhi keperluan organisasi semata-mata sebagai kewajiban.

    Sikap tidak peka terhadap isu-isu kesejahteraan seperti tekanan kerja berlebihan, lingkungan kerja yang tidak kondusif atau kurangnya peluang pengembangan profesional adalah bukti kegagalan pihak HR dalam memenuhi peranan inti mereka. Mereka harus memperbaiki pandangan mereka yang sempit dan mengalihkan fokus daripada urusan anggaran kepada peningkatan aspek kesejahteraan pekerja yang sesungguhnya.

    Dalam era di mana kesedaran terhadap pentingnya kesejahteraan pekerja semakin meningkat sebagai faktor penentu kejayaan organisasi, tiada ruang bagi pihak HR untuk terus mengabaikan tanggungjawab mereka. Mereka harus beradaptasi dengan perubahan keperluan pekerja, mengambil inisiatif untuk menciptakan budaya kerja yang inklusif, mendukung perkembangan individu dan memberikan perhatian yang lebih mendalam terhadap isu-isu psikososial atau kitani sebut sebagai kesihatan mental.

    Ibnu Sina

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    15 ahli PGGMB terima bantuan kebajikan

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV -...

    Promosi kesejahteraan pekerja, budaya tempat kerja sihat

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV...

    Kes kematian di tempat kerja meningkat

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV –...

    Malam Munajat jelas peranan lelaki dalam konsep Qawwam

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV - Program...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...