Kalou wira, Schalke bernasib baik

BERLIN, 18 Mac – Salomon Kalou meranapkan harapan Hamburg apabila beraksi dari bangku simpanan untuk memastikan Hertha Berlin mencatat kemenangan 2-1 semalam sementara jaringan sendiri Robin Knoche menyaksikan Schalke memperolehi tiga mata penuh di Wolfsburg.

Kemenangan Schalke tersebut menghalang Bayern Munich untuk mengakhiri kempen Bundesliga dengan gelaran liga di Leipzig hari ini apabila penghuni nombor dua itu kini ketinggalan 17 mata di belakang pendahulu liga.

Dalam perlawanan lain, Wolfsburg beraksi dengan baik dalam separuh masa pertama tetapi Daniel Didavi dan Maximilian Arnold gagal untuk menyempurnakan peluang masing-masing.

Diberikan sepakan penalti 15 minit sebelum tamat perlawanan, pasukan tuan rumah gagal untuk mencatat kemenangan pertama dalam tujuh perlawanan di mana Ralf Faehrmann berjaya menggagalkan sepakan penalti Paul Verhaegh.

Jaringan sendiri menerusi Knoche memberi tamparan hebat kepada Wolfsburg pada saat-saat akhir perlawanan.

“Kami beraksi dengan baik tetapi gagal menyempurnakan penalti dan bolos gol seperti itu menunjukkan situasi kami pada masa ini,” bertiahu Knoche kepada Sky. “Ia sangat mengecewakan dan saya memohon maaf kepada pasukan.” – AFP