Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kamal Adli abaikan dakwaan hubungan dengan isteri retak

    Pelakon Kamal Adli enggan mengambil pusing mengenai spekulasi tentang rumah tangganya dengan aktres Uqasha Senrose yang dikatakan berdepan masalah.

    Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, sebaliknya berkata, mana-mana perkahwinan itu datang dengan ujian namun setiap masalah itu ada penyelesaiannya.

    “Saya ada dengar juga orang buat cerita, saya gelak sahaja. Saya pun tak tahu isu apa yang dibangkitkan. Saya okay sahaja dan cuba menjadi orang yang lebih terbuka. Kalau bergaduh, saya faham perempuan kadang-kadang emosi, lebih-lebih lagi melibatkan anak. Saya tahu banyak perkara Uqasha fikir, jadi saya yang perlu tenangkan dia,” katanya kepada mStar.

    Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV 1 Utama, Petaling Jaya petang kelmarin.

    Dalam pada itu, Kamal memberitahu dia tidak menyimpan perasaan marah namun menasihatkan warganet agar menjaga percakapan sebelum meninggalkan sebarang komen. Kata Kamal, sebagai seorang manusia dia dan Uqasha mempunyai perasaan dan tidak menafikan berasa kecewa apabila membaca komen-komen di media sosial.

    “Kalau warganet nak mengata, kadang-kadang mereka tidak tahu hal sebenar. Kami pun ada perasaan juga. Berjaga-jagalah dalam percakapan,” ujarnya.

    Sementara itu, Kamal turut menafikan dakwaan mengaitkan isterinya mengasari bekas pembantu peribadi. Menurut Kamal, kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis namun dia kasihan melihat isterinya seringkali dijadikan mangsa atas dakwaan-dakwaan tidak benar.

    “Tak logiklah isu pukul tu. Kalau betul kena pukul, tunjuk bukti. Kasihan dekat Uqasha, dia selalu jadi ‘mangsa’ dari zaman tuduhan membuli,” jelasnya.

    Pada Ogos lalu, seorang individu yang juga merupakan pembantu peribadi kepada pelakon wanita mendakwa dipukul oleh aktres berkenaan kerana mendedahkan masalah rumah tangganya kepada ibu aktres itu.

    Meskipun tidak mendedahkan nama aktres tersebut, warganet mula membuat spekulasi mengaitkan Uqasha adalah individu yang dimaksudkan. Uqasha bagaimanapun menafikan dia terlibat dalam kejadian itu malah secara peribadi tidak tergamak melakukan perbuatan sebegitu. – Agensi

    Kamal tolak dakwaan rumah tangga bermasalah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda