Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kamal Adli juara SSS 2017

    PELAKON dan pengacara, Kamal Adli berjaya merangkul gelaran juara Super Spontan Superstar 2017 yang diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang baru-baru ini,

    Kejayaan itu mencipta rekod baru apabila Kamal berjaya mengetepikan saingan utama iaitu Fad, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

    Tempat kedua pula dimenangi Fad yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 manakala tempat ketiga disandang Achey, sekali gus melayakkannya memenangi hadiah wang tunai RM25,000.

    Manakala Ozlyn, Syuk, Mamak, Shahrol dan Sharif terpaksa berpuas hati di tempat keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan serta menerima wang tunai RM5,000.

    Kamal Adli berjaya merangkul gelaran juara Super Spontan Superstar 2017.

    Gelanggang akhir Super Spontan Superstar menyaksikan peserta berentap secara individu dan bukan berkumpulan seperti minggu-minggu sebelumnya.

    Pertandingan yang berlangsung selama lapan minggu itu menyaksikan AC Mizal sebagai pengacara bersama Amir Raja Lawak, sementara Datuk Afdlin Shauki dan Datuk Chef Wan menjadi pengulas bersama.

    Selain itu, Juara Super Spontan 2016, Johan hadir sebagai pemain jemputan bersama Zizan. Manakala kumpulan Floor 88, turut memeriahkan gelanggang akhir dengan persembahan istimewa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda