Friday, February 21, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kamal nafi kena goda

    Kemelut rumah tangga membabitkan pasangan selebriti, Kamal Adli dan aktres jelita, Uqasha Senrose belum surut meskipun empunya diri menafikannya.

    Tanpa angin, tanpa ribut, timbul dakwaan Uqasha sudah memfailkan perceraian secara senyap-senyap susulan krisis rumah tangga yang dikatakan gagal menemui jalan penamat.

    Enggan terus berteka-teki, kenyataan Kamal mahupun Uqasha amat didambakan supaya spekulasi nakal yang bertebaran tidak berlarutan.

    Bertemu Kamal pada majlis pelancaran program Ramadan Unifi TV memberi peluang kepada aktor berkenaan menjelaskan situasi sebenar dalam rumah tangga mereka.

    Mengulas Uqasha dalam satu sesi siaran langsung mendedahkan suaminya digoda wanita menyangka mereka sudah bercerai, Kamal menafikan.

    Rumah tangga Kamal dan Uqasha masih utuh, tiada masalah seperti didakwa. – IG Uqasha Senrose

    “Tidak adalah, mana ada saya kena goda. Berani hendak goda saya, kena gigit nanti (ketawa). Saya percaya spekulasi timbul disebabkan kami kurang muncul bersama dalam media sosial.

    “Memang saya sibuk menjalani penggambaran drama selama enam bulan. Saya tidak dapat tumpu kepada isteri dan anak.

    “Ketika Uqasha hamil, saya kerap ke luar daerah atas urusan kerja. Saya hendak ‘bayar’ balik ‘hutang’ dengan memberi lebih fokus kepada keluarga selepas ini,” katanya kepada BH Online.

    Katanya, dia dan Uqasha terjebak dengan ‘virus’ sebelum ini.

    “Ini jangkitan kisah rakan artis berdepan dengan masalah rumah tangga. Ada yang sengaja buat cerita rumah tangga kami juga bergolak.

    “Secara kebetulan, kami sudah lama tidak muncul bersama dalam media sosial. Jadi, orang ramai sangka rumah tangga kami betul-betul bermasalah. Sedangkan, saya dan Uqasha okey sahaja.

    “Apabila saya keluarkan kenyataan sudah menjadi adat suami isteri, ada pasang surut, mereka ambil kenyataan saya, kononnya kami bergaduh. Apabila baca balik, kami pula garu kepala,” katanya.

    Kamal berkata, bohonglah jika tidak terganggu sebab orang ramai mula bertanya, hinggakan emak dan keluarga Uqasha pun tertanya-tanya, apakah mereka bermasalah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    PSG belasah Brest