MOSCOW, 22 APRIL – Rusia semalam mengenakan larangan perjalanan ke atas Naib Presiden AS Kamala Harris, ketua Facebook Mark Zuckerberg dan puluhan tokoh Amerika Syarikat (AS) dan Kanada sebagai tindak balas terhadap sekatan dikenakan ke atas Ukraine.
Kementerian luar Rusia berkata sekatan perjalanan ke atas 29 warga AS dan 61 warga Kanada – yang juga termasuk pegawai pertahanan, pemimpin perniagaan dan wartawan dari kedua-dua negara – kekal berkuat kuasa untuk tempoh yang tidak pasti.
Kementerian luar berkata senarai terdiri daripada orang yang bertanggungjawab terhadap dasar ‘Russophobic’ kedua-dua negara.
Di Washington, salah seorang pegawai yang disasarkan, jurucakap Jabatan Negara Ned Price, berkata larangan perjalanan merupakan ‘satu penghormatan.’
Jurucakap Pentagon John Kirby, juga dalam senarai, berkata ia adalah ‘kumpulan yang bagus untuk disertai.’
Warga AS lain yang diharamkan semalam termasuk pembaca berita ABC News George Stephanopoulos, penulis ruangan Washington Post David Ignitius dan penyunting laman berita Meduza, Kevin Rothrock. – AFP
