Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kamala Harris dapat sokongan lebih 100 pemodal teroka

    ISTANBUL, 1 OGOS – Lebih 100 pemodal teroka mengumumkan mereka menyokong Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris dalam usaha beliau untuk pemilihan presiden pada November.

    Ikrar dalam talian mereka dibuat kelmarin, ketika Harris meningkatkan kempennya menentang calon presiden Republikan Donald Trump, lapor agensi Anadolu yang memetik CNBC News.

    Sokongan itu juga datang selepas Trump menerima sokongan vokal daripada beberapa ahli komuniti pelaburan teknologi pada awal Jun.

    Menggelarkan diri mereka sebagai VC untuk Kamala, kumpulan itu terdiri daripada pelabur dan usahawan daripada pelbagai dana yang mapan dan baru muncul serta demografi yang pelbagai.

    Ia termasuk Vinod Khosla dari Khosla Ventures, pengasas LinkedIn Reid Hoffman, pemilik minoriti Dallas Mavericks Mark Cuban, pengasas Cowboy Ventures Aileen Lee dan rakan kongsi Union Square Ventures Rebecca Kaden.

    Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata bahawa ‘institusi yang kukuh dan boleh dipercayai adalah ciri, bukan masalah dan industri kami dan setiap industri lain akan runtuh tanpa mereka’.

    Konvensyen Nasional Demokratik di mana perwakilan akan memilih calon presiden parti, dijadualkan berlangsung di Chicago, Illinois pada 19 hingga 22 Ogos nanti. – Bernama

    Kamala Harris menaiki Air Force Two ketika berlepas ke Houston, Texas, dari Pangkalan Tentera Andrews, Maryland pada 31 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda