WASHINGTON, 30 DIS – Bakal naib presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris pada Selasa menerima dos pertama vaksin COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
“Saya ingin menggalakkan semua untuk mendapatkan vaksin. Ia tidak sakit, mudah dan selamat,” kata Harris sejurus selepas diberikan vaksin Moderna di United Medical Center di Washington.
“Oleh itu, saya menggesa semua orang mendapatkan vaksin itu bila tiba giliran anda.”
Semua proses suntikan vaksin itu disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen. – Bernama