Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kamera AI bantu pulihara pokok sakura

    TOKYO – Pokok sakura yang terkenal di Jepun telah menjadi semakin tua, tetapi alat kecerdasan buatan (AI) baharu yang menilai foto bunga merah jambu dan putih yang gebu boleh membantu mengekalkannya untuk generasi akan datang.

    Musim ‘bunga sakura’ amat dinanti-nantikan oleh penduduk tempatan dan juga pelawat, dengan kemekaran bunga yang menakjubkan menandakan permulaan musim bunga.

    Namun kebanyakan pokok-pokok berkenaan telah mencapai umur 70 hingga 80 tahun, jauh melebihi usia bunga yang berkembangan.

    Ini bermakna kos yang semakin meningkat untuk menjaga pokok dan mengekalkan kawasan atau tempat musim berbunga yang popular.

    Untuk membantu pihak berkuasa mengenal pasti spesimen yang tidak sihat, sebuah syarikat telah membangunkan alat yang dipanggil Kamera AI Sakura.

    Orang ramai mengambil gambar bunga sakura di Taman Kudanzaka semasa musim melihat bunga berkembang di tengah Tokyo. – AFP
    Ahli muzik tradisional meniup ‘nagak,’ hon siput pada hari pertama Festival Sakura Yeouido. – AFP
    Seorang lelaki mengambil gambar bunga sakura berkembang mekar di Taman Hamacho di daerah Chuo, Tokyo. – AFP
    Bunga sakura berkembang daripada pokok spesies Somei Yoshino, digunakan untuk pemantauan di Kuil Yasukuni, Tokyo. – AFP
    Seorang lelaki melihat bunga berkembang mekar pada hari pertama Festival Sakura Yeouido di Seoul. – AFP
    Pemuzik tradisional Korea Selatan bersedia untuk mengadakan persembahan pada hari pertama Festival Bunga Aakura Yeouido di Seoul. – AFP
    Gambar AFP
    Orang ramai berkumpul di bawah bunga sakura mekar dengan latar belakang Tokyo Skytree (kanan) dan Taman Sumida di daerah Asakusa di Tokyo. – AFP
    Gambar AFP

    Ia memberitahu pengguna tentang keadaan dan umur pokok berdasarkan foto yang mereka ambil dengan telefon pintar mereka dan memuat naiknya ke laman web.

    Skala lima mata hanya tersedia dalam bahasa Jepun buat masa ini memberikan tanda tahap ‘sangat sihat’ kepada ‘membimbangkan.’

    Pokok dengan bunga-bunga yang sihat dan berkembang lebat sehingga ke hujung dahan akan mendapat markah tertinggi.

    Alat kecerdasan buatan itu telah dilatih menggunakan 5,000 imej pokok sakura dengan bantuan ahli pakar.

    Foto-foto tersebut kemudiannya dipetakan di laman web Kamera AI Sakura dengan butiran seperti keadaan pokok dan lokasi.

    “Kami mendengar bahawa pemeliharaan sakura memerlukan tenaga kerja dan wang yang banyak dan adalah sukar untuk mengumpul maklumat,” beritahu Risa Shioda dari Kirin kepada AFP.

    “Saya fikir kita boleh menyumbang dengan memudahkan perancangan untuk pemuliharaan,” katanya.

    Kira-kira 20,000 gambar telah dikumpul sejak pelancaran bulan lepas, dengan data tersedia dalam talian secara percuma untuk pihak berkuasa tempatan.

    BERNILAI SATU JUTA

    Menurut Wad Meguro Tokyo, terkenal dengan tebing sungainya yang dipenuhi dengan pokok sakura, menanam semula pokok yang baharu menelan kos sekitar satu juta yen (AS$6,800).

    Hiroyuki Wada dari Persatuan Doktor Pokok Jepun, yang memeriksa pokok sakura di tempat-tempat utama di Tokyo, membantu menyelia alat AI.

    Katanya, dia berharap ia dapat membantu pakar mengkaji sebab-sebab atau punca alam sekitar di sebalik kemusnahan beberapa pokok yang dilihatnya.

    Sebahagian daripada sebabnya, dia menyalahkan perubahan iklim.

    “Saya sangat bimbang. Perubahan dalam persekitaran biasanya berlaku secara beransur-ansur, tetapi pada masa sekarang ia dapat dilihat dengan ketara,” beritahunya kepada AFP.

    “Terdapat impak daripada cuaca panas, dan sudah tentunya hujan yang kurang,” katanya.

    “Umur pokok secara semula jadi menjadikan keadaan lebih serius,” tambahnya.

    Agensi cuaca Jepun berkata pada Januari bahawa 2024 adalah tahun yang paling panas sejak rekod bermula, seperti yang dicatat negara-negara lain.

    Kirin mula mendermakan sebahagian daripada keuntungannya untuk pemeliharaan pokok sakura tahun lepas, sebagai cara untuk ‘membayar balik’ kepada masyarakat.

    Alkohol, terutamanya bir, adalah salah satu minuman yang dinikmati semasa pesta ‘hanami’ melihat bunga di bawah pokok, kata Shioda.

    Bunga sakura melambangkan kerapuhan kehidupan dalam budaya Jepun kerana bunga yang berkembang mekar hanya bertahan kira-kira seminggu sebelum kelopak mula gugur dari pokok. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda