Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Kamera AI tangkap pesalah trafik di Thailand

    BANGKOK, 5 MEI – Kamera dilengkapi kecerdasan buatan (AI) dipasang di persimpangan berhampiran beberapa pusat beli-belah dan stesen kereta api BTS.

    Ia juga menempatkan Kuil Erawan, yang sentiasa dipenuhi dengan penganut Hindu dan Buddha.

    Pemasangan Kamera AI yang berupaya membaca plat lesen kenderaan melanggar undang-undang jalan raya itu adalah termasuk dalam kempen baharu dikenali sebagai Model Ratchaprasong, menurut penasihat kepada gabenor Bangkok, Pol Jeneral Adit Ngamjitsuksri, pada Rabu lalu.

    Kamera AI itu akan mengutamakan pengesanan teksi dan pemandu tuk tuk yang menunggu pelanggan di hadapan pusat beli-belah dan menyekat aliran trafik di Jalan Ratchadamri, katanya.

    “Mereka yang berhenti di tempat ini lebih tiga minit, sekali gus melebihi had yang sah, kenderaan mereka akan digambar dengan masa sebagai bukti. Data itu akan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan undang-undang,” katanya.

    Beliau menambah bahawa kamera itu digunakan bersama-sama kon trafik polis untuk melencongkan pemandu kenderaan ke lorong yang tidak menghalang bas awam.

    Bandar itu juga telah meminta pengendali aplikasi pengangkutan, termasuk Grab dan Bolt, untuk memindahkan lokasi pin mereka ke Persimpangan Ratchaprasong yang lebih dekat dengan pintu masuk CentralWorld dan lebih jauh dari jalan raya untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh pengguna aplikasi. – ANN/The Nation

    Kamera AI turut digunakan bersama kon trafik polis untuk membimbing pemandu kenderaan ke lorong yang tidak menghalang bas awam. – ANN/The Nation
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...