Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kamera selfie 16MP

    A57 merupakan telefon pintar selfie peringkat pertengahan terbaru Oppo yang mengetengahkan kamera depan 16 megapiksel.

    Oppo A57 dijana dengan ColorOS 3.0 berasaskan Android 6.0 Marshmallow dan didatangkan dengan paparan LCD HD (720×1280 piksel) bersaiz 5.2 inci dengan kaca melengkung 2.5D.

    Telefon pintar dua SIM ini dikuasakan dengan SoC Qualcomm Snapdragon 1.4GHz lapan teras yang dipadankan dengan RAM 3GB dan GPU Adreno 505 bagi grafik.

    Di samping itu, Oppo A57 mempunyai storan dalaman 32GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 128GB).

    Oppo A57 merupakan telafon pintar peringkat pertengahan yang menampilkan kamera depan 16 megapiksel untuk mengambil selfie memuaskan.
    Oppo A57 merupakan telafon pintar peringkat pertengahan yang menampilkan kamera depan 16 megapiksel untuk mengambil selfie memuaskan.

    Untuk mengambil gambar, peranti ini mempunyai kamera belakang 13MP dengan apertur f/2.2 dan PDAF di samping modul denyaran LED, manakala itu, di depan seperti yang disebutkan sebelumnya menempatkan kamera 16MP dengan apertur f/2.0.

    Oppo A57 juga mempunyai pengimbas cap jari yang terletak pada punat utama di depan.

    Pilihan sambungannya termasuk 4G LTE, GPRS/EDGE, Bluetooth v4.1, Wi-Fi, GPS, USB, dan jek audio 3.5mm. Mempunyai ukuran 149.1×72.9×7.65mm dan berat 147g, peranti ini disokong dengan bateri 2900mAh.

    Daripada segi reka bentuknya, Oppo A57 diinspirasikan daripada reka bentuk iPhone Apple.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda