Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kamera tersembunyi rakam spesies terancam di Kemboja

    PHNOM PENH, 31 OKT – Kamera tersembunyi telah merakam beberapa spesies terancam di kawasan Pergunungan Cardamom, Kemboja, buat kali pertama, menekankan keperluan untuk melindungi kawasan itu di mana beberapa buah empangan telah dibina, kata ahli pemuliharaan berkata kelmarin.

    Rakaman yang dibuat dari Februari hingga Disember tahun lepas menunjukkan sejumlah 108 spesies liar, 23 daripadanya diklasifikasikan sebagai terancam, dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

    Pemuliharaan Antarabangsa (CI) berkata ia merupakan kamera kajian tersembunyi pertama di Taman Negara Pergunungan Cardamom Tengah yang dilindungi di barat daya Kemboja.

    Pencinta alam sekitar telah memberi amaran lebih daripada 500 spesies di Cardamom Tengah menghadapi beberapa ancaman, daripada pembalakan haram dan pemburuan haram hingga penggalian tanah.

    Beberapa empangan kuasa hidro telah dibina di kawasan berhampiran taman negara itu, menerima kritikan daripada pihak pemuliharaan. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda