Wednesday, March 12, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kami berhak berada di sini’ – Berhalter

    DOHA, 30 NOV – Jurulatih Amerika Syarikat, Gregg Berhalter pada Selasa berkata pasukannya berhak berada dalam kelompok 16 terakhir Piala Dunia selepas menundukkan Iran 1-0 untuk bertemu Belanda pada pusingan seterusnya.

    Lima tahun selepas Amerika Syarikat menderita kerana gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia, Berhalter telah melatih skuad muda Amerika Syarikat ke pusingan kalah mati.

    Keputusan seri semasa menentang Wales dan England yang diikuti dengan kemenangan getir 1-0 ke atas musuh ketat, Iran telah mengesahkan kelayakan Amerika Syarikat.

    Walaupun perlawanan menentang Belanda nanti menjanjikan peningkatan dalam kelas, Berhalter berkata pasukannya tidak akan berasa kekurangan.

    “Ia adalah satu peluang yang bagus, tetapi kami takkan anggap ia sebagai satu penghormatan,” kata Berhalter.

    “Kami berhak untuk berada di kedudukan ini. Dan kami mahu terus mara. Kami tak mahu pulang ke tanah air Rabu depan.

    “Jadi kami perlu bangkit daripada permainan ini, bagaimana bermain dengan pasukan Belanda yang hebat.

    “Kami perlu fikir cara terbaik untuk mengalahkan mereka,” ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda