Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Kami ‘godam’ penggodam ransomware – AS

    WASHINGTON, 27 JAN – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan rakan-rakan antarabangsa dilaporkan telah menumpaskan rangkaian kumpulan penggodam ransomware prolifik antarabangsa yang mereka intip sejak tahun lalu.

    Kelmarin, Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Merrick Garland, berkata susulan kejayaan itu, FBI berjaya menyelamatkan mangsa termasuk hospital dan sekolah awam daripada membuat bayaran tebusan AS$130 juta.

    “Ringkasnya, menggunakan cara yang sah, kami berjaya menggodam penggodam,” kata Timbalan Peguam Negara AS, Lisa Monaco, dalam satu sidang akhbar. Pegawai AS berkata sindiket yang disasarkan, dikenali sebagai ‘Hive’, antara salah satu daripada lima rangkaian ransomware terkenal dunia yang menyasarkan agensi penjagaan kesihatan.

    FBI mendapat akses kepada panel kawalannya pada Julai dan dapat memperoleh kunci perisian untuk menyahsulitkan rangkaian kira-kira 1,300 mangsa di seluruh dunia, kata Pengarah FBI, Christopher Wray.

    Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana kejayaan itu akan menjejaskan operasi jangka panjang ‘Hive’.

    Pegawai-pegawai tidak mengumumkan sebarang penangkapan tetapi berkata mereka sedang mengumpul maklumat pentadbir ‘Hive’, yang menguruskan perisian, dan ahli gabungan, yang menjangkiti sasaran serta berunding dengan mangsa, untuk meneruskan proses pendakwaan.

    “Saya rasa sesiapa yang terbabit dengan ‘Hive’ harus bimbang kerana siasatan ini sedang berjalan,” kata Wray.

    Rabu lalu, ejen FBI merampas infrastruktur komputer di Los Angeles yang digunakan untuk menyokong rangkaian ‘Hive’ dan laman sesawang gelap ‘Hive’ turut dirampas.

    “Jenayah siber adalah ancaman yang sentiasa berubah, tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, Jabatan Kehakiman akan membawa sesiapa saja, di mana-mana saja yang menyasarkan AS dengan serangan perisian tebusan ke muka pengadilan,” kata Garland. – AFP

    Merrick Garland bersama Christopher Wray (kanan) dan Lisa Monaco semasa sidang media mengenai ransomware pada 26 Januari. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...