Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kami jatuh hati – Trump

    WASHINGTON, 30 Sept – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa beliau dan pemimpin Korea Utara telah ‘jatuh hati’, kenyataan yang tercetus oleh ‘surat-surat cantik’ yang diterimanya dari pemimpin negara bersenjata nuklear itu.

    Trump hari ini meningkatkan lagi pujiannya pada Kim, pada satu perhimpunan bagi menyokong calon setempat bagi Parti Republikannya.

    “Dan kemudian kami jatuh hati, ok? Dia menulis surat-surat cantik kepada saya dan ia adalah surat-surat yang hebat. Kami jatuh hati,” katanya kepada orang ramai.

    Isnin lalu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Trump memuji pemimpin Korea Utara itu, yang dituduh oleh PBB dan yang lain kerana melanggar hak asasi kemanusiaan secara meluas, sebagai ‘hebat’.

    Selepas membuat komen itu, pada hari Rabu, Trump berkata dia telah menerima ‘surat hebat’ dari Kim dan berbunyi optimistik mengenai prospek bagi persidangan kedua antara dua pemimpin ‘tidak lama lagi’.

    Trump pada kemunculan pertamanya di Perhimpunan Agung PBB tahun lalu mengancam untuk ‘memusnahkan sepenuhnya’ Korea Utara dan memperkecilkan pemimpinnya sebagai ‘lelaki roket’, mencetuskan respons dari Kim yang menggelar presiden itu sebagai ‘orang lali’.

    Itu adalah antara siri ejekan keanak-anakan antara kedua pemimpin bersenjata nuklear, menyebabkan dunia dalam kebimbangan.

    Trump bertemu Kim di Singapura pada bulan Jun di persidangan pertama antara dua negara yang tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian keamanan.

    Persidangan itu membawa kepada hubungan yang lebih baik dan menghentikan pelancaran peluru berpandu Pyongyang, namun hanya sedikit perkembangan dicapai sejak itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda