Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kami masih belum serasi – Peng Soon

    KUALA LUMPUR, 7 OKT – Mengecewakan dan belum mendapat rentak, itulah luahan pemain beregu campuran Chan Peng Soon ketika ditanya mengenai prestasinya pada masa ini.

    Selepas terkeluar pada peringkat suku akhir di Terbuka Vietnam 2022 minggu lepas, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, mengakui yang beliau masih gagal untuk serasi dengan pasangannya Cheah Yee See masa ini.

    Peng Soon-Yee See tewas 19-21, 17-21 kepada pasangan India Rohan Kapoor-Reddy Sikki pada satu-satunya peringkat suku akhir dicapai mereka selepas tujuh kejohanan yang disertai, sejak digandingkan pada Masters Indonesia 2022, Jun lepas.

    “Keyakinan kami sekarang ini memang rendah, selalu kalah dan prestasi teruk di Terbuka Vietnam. Walaupun sudah main tujuh kejohanan, saya masih belum serasi dengan Yee See lagi.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...