Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kampung Danau pilih ketua kampung

    Oleh Aziz Idris

    TUTONG, 26 FEB – Seramai 192 penduduk Kampung Danau hari ini membuang undi mereka bagi pemilihan calon ketua kampung di dewan serba guna kampung berkenaan, hari ini.

    Hadir bagi menyaksikan acara pengundian tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Ajimin bin Haji Meludin.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Haji Ramli bin Haji Lahit yang juga selaku penghulu Mukim Telisai.

    Dalam ucapannya semasa acara tersebut, Awang Ajimin menekankan pentingnya tanggungjawab penduduk untuk mengambil bahagian dalam pemilihan ketua kampung dan berharap agar penduduk dapat memberi kerjasama dan dukungan dalam sama-sama memilih pemimpin baharu mereka sebagai ketua kampung baharu.

    Undian yang dibuat adalah bagi menentukan sama ada Haji Mahmud, 52 tahun, seorang pegawai tentera yang telah bersara dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan dipertimbangkan dan disokong untuk menjawat jawatan tersebut.

    Daripada jumlah undian, seramai 151 penduduk memilih Haji Mahmud, sementara 36 tidak bersetuju dan lima undi dibatalkan. Jumlah pengundi yang telah didaftarkan ialah seramai 226.

    Dengan Haji Mahmud memperoleh suara majoriti, tawarannya untuk menjadi ketua kampung Kampung Danau yang baharu akan dikemukakan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk proses selanjutnya.

    Jawatan untuk ketua Kampung Danau belum dijawat sejak 1 April 2016.

    Salah seorang penduduk Kampung Danau membuang undi bagi pemilihan calon ketua kampung di dewan serba guna kampung berkenaan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda