Thursday, May 15, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kampung dipenuhi anak patung berbanding manusia

    NAGORO, Jepun – Di kampung kecil Nagoro, jauh di kawasan pedalaman pergunungan barat Jepun, angin menderu di jalan raya lengang dengan tidak ada seorangpun yang kelihatan.

    Namun jalan raya tersebut nampaknya sibuk bertaburan dengan anak patung sebesar saiz sebenar yang melebihi 10 manusia berbanding seorang, hasil usaha seorang wanita untuk mengatasi kekosongan dan kesunyian yang terasa di Nagoya, seperti kebanyakan kampung di Jepun yang dihapuskan oleh susutan penduduk atau depopulasi.

    Nagoro, terletak kira-kira 550 kilometer dari barat daya Tokyo, telah menjadi popular sebagai lembah anak patung selepas penduduk tempatan Tsukimi Ayano mula meletakkan orang-orang di jalan raya untuk menyuntik sedikit sebanyak kehidupan ke dalam kampung yang telah susut penduduknya.

    “Hanya 27 orang yang tinggal di kampung ini tetapi jumlah orang-orang adalah sepuluh kali ganda, sekitar 270,” beritahu pembuat anak patung berusia 69 tahun itu kepada AFP dalam satu temu bual di rumahnya.

    Segalanya bermula 16 tahun lalu apabila Ayano yang cekatan menghasilkan orang-orang dalam pakaian bapanya untuk menghalau burung daripada memakan biji benih yang ditanam oleh beliau di tamannya.

    Anak-anak patung bersaiz manusia terlihat berada di sebuah gerai pinggir jalan di kampung kecil Nagoro, barat Jepun. – AFP

    Tsukimi Ayano bersama dengan anak-anak patung bersaiz manusia yang berada di bengkelnya di perkampungan kecil Nagoro. – AFP
    Tsukimi Ayano sedang membuat kepala anak patung bersaiz manusia di rumahnya di perkampungan kecil Nagoro di barat Jepun. – AFP

    Aksi Tsukimi Ayano (tengah)bersama dengan patung-patung yang dipamerkan di sekolah rendah berkenaan, yang mana telah ditutup tujuh tahun yang lalu oleh kerana tiada lagi pelajar untuk diajar. – AFP
    Suasana di perkampungan kecil Nagoro di barat Jepun. – AFP
    Anak-anak patung bersaiz manusia, memaparkan kanak-kanak sekolah yang berada di sekolah rendah, yang mana telah ditutup tujuh tahun yang lalu oleh kerana tiada lagi pelajar untuk diajar, di perkampungan kecil Nagoro di barat Jepun. – AFP
    Anak patung bersaiz manusia, menggambarkan seorang guru berada di sekolah rendah, yang mana telah ditutup tujuh tahun yang lalu oleh kerana tiada pelajar datang ke sekolah di perkampungan kecil Nagoro. – AFP

    “Seorang pekerja yang melihatnya dalam taman saya sangka ia benar-benar bapa saya, dia berkata helo tetapi ia hanya orang-orang. Ia nampak lucu,” kata Ayano ketika terkenang kejadian itu.

    Sejak itu, Ayano tidak berhenti daripada menghasilkan anak patung sebesar saiz sebenar, dibuat daripada batang kayu, surat khabar untuk mengisi tubuh badan, fabrik elastik untuk kulit dan bulu mengait untuk rambut.

    Wanita yang mahir itu hanya memerlukan tiga hari untuk membuat anak patung sebesar saiz orang dewasa yang kini bertaburan di seluruh kampung.

    Rahsia dalam memberikan nafas kepada anak patung? Mengenakan warna merah muda untuk bibir dan pipi dengan berus mekap, dedah Ayano.

    Di sebuah sekolah tempatan, beliau telah menempatkan 12 anak patung berwarna-warni sebesar saiz kanak-kanak di meja, menempatkannya seolah-olah sebahagian daripada pelajar kelas sedang meneliti buku mereka.

    Sekolah tersebut telah ditutup tujuh tahun lalu kerana tidak ada sesiapa yang tinggal untuk mengajar, kenang beliau dengan nada sedih.

    “Sekarang tidak adanya kanak-kanak. Orang paling muda di sini berusia 55 tahun.”

    Di hujung jalan, satu “keluarga” orang-orang melepak-lepak di depan sebuah kedai runcit yang terbiar sementara satu anak patung yang berpakaian sebagai seorang petani tua menengok-nengok barang di kedai sebelah.

    Berhampiran dengan perhentian bas, sekumpulan orang-orang berkumpul tatkala satu lagi anak patung “bapa” menarik kereta sorong yang penuh dengan “kanak-kanak.”

    Sementara tidak pernah sibuk dengan orang, Ayano masih ingat ketika masih kecil bahawa Nagoro pernah menjadi tempat yang kaya dengan kira-kira 300 penduduk dan pekerja disokong oleh industri perhutanan dan kerja-kerja pembinaan empangan.

    “Penduduk meninggalkan kampung secara beransur-ansur. Ia sunyi sekarang,” katanya. “Saya membuat lebih banyak anak patung apabila saya terkenangkan semasa kampung ini meriah dan ramai.”

    Keadaan pahit getir Nagoro yang menyedihkan berulang di seluruh Jepun, tatkala ekonomi ketiga terbesar di dunia bergelut dengan penduduk yang semakin berkurangan, kadar kelahiran yang rendah dan jangka hayat hidup yang tinggi.

    Negara itu hampir-hampir menjadi negara “ultra tua” pertama di dunia, bermakna 28 peratus daripada penduduk adalah berusia 65 tahun atau ke atas.

    Laporan kerajaan terbaharu menunjukkan 27.7 peratus daripada 127 juta penduduk – satu dalam empat orang – adalah berusia 65 tahun atau lebih tua dan angka tersebut dijangka meningkat kepada 37.7 peratus pada tahun 2050.

    Menurut pakar, kira-kira 40 peratus daripada 1,700 bandar di Jepun ditakrifkan sebagai mempunyai “bilangan penduduk yang susut.”

    Selepas Perang Dunia Kedua, apabila perhutanan dan pertanian menjadi penjana ekonomi utama, ramai penduduk Jepun menetap di kampung luar bandar seperti Nagoro. Namun orang muda mulai meninggalkan kampung menuju ke Tokyo pada tahun 1960, kata Takumi Fujinami, ahli ekonomi di Institut Penyelidikan Jepun.

    “Ekonomi sedang melambung di Tokyo dan kawasan perindustrian pada masa itu. Mereka adalah satu-satunya tempat orang dapat memperoleh wang, maka ramai orang muda berpindah ke sana,” kata beliau.

    Perdana Menteri Shinzo Abe telah berjanji akan memulihkan rantau di luar Tokyo dengan mengepam berpuluh bilion yen, tetapi ia tidak mencukupi untuk menghalang orang muda daripada meninggalkan kampung halaman untuk bekerja di Tokyo, kata Fujinami.

    “Demi menangani bilangan penduduk yang susut, kami memerlukan orang berpindah masuk ke kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang susut. Namun pemulihan penduduk adalah amat sukar,” kata beliau.

    “Sebaliknya, adalah penting untuk menambah pendapatan atau mempertingkat keadaan kerja untuk orang muda di kawasan luar bandar.”

    Misalnya, syarikat di kawasan luar bandar cenderung mempunyai cuti yang kurang berbanding syarikat di Tokyo,” kata beliau.

    “Kami perlu mewujudkan komuniti di mana orang muda boleh mencari kehidupan jangka panjang,” kata Fujinami, menambah pemberian subsidi kepada mereka untuk berpindah masuk adalah tidak mencukupi.

    Sementara tidak terdapatnya bukti yang menunjukkan rakyat pulang ke Nagoro, anak patung Ayano telah menarik manusia biasa dari kawasan sejauh AS dan Perancis.

    “Sebelum saya mulai membuat orang-orang, tidak ada sesiapa yang singgah. Sekarang ramai orang melawat tempat ini,” kata beliau.

    “Saya berharap Nagoro akan menjadi rancak sekali lagi dan ramai orang datang ke sini untuk melawat-lawat.”

    “Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada Nagoro dalam masa 10 atau 20 tahun, namun saya akan terus membuat anak patung.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/