Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kampus JBC, SBC semarak Sambutan Awal Hijrah 1439

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 12 Okt – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah (JBC) dan Kampus Sultan Bolkiah (SBC), hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Hijrah 1439 yang berlangsung di Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan, di sini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengetua IBTE Satelit, Awang Norjemee bin Jenek.

    Majlis yang dihadiri oleh tenaga pengajar dan kakitangan serta para pelajar IBTE JBC dan SBC itu merupakan salah satu daripada aktiviti keagamaan tahunan yang dikendalikan oleh Unit IRK kedua-dua kampus berkenaan.

    Acara telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran seterusnya doa perhimpunan oleh pelajar.

    Awang Norjemee menyampaikan cenderahati kepada saudara baru yang diraikan.
    Semasa dikir dilaungkan pelajar-pelajar dan tenaga pengajar lelaki bagi meraikan saudara baru pelajar IBTE Kampus JBC dan SBC di Masjid RPN Kampung Pandan Kuala Belait.

    Majlis turut mendengarkan ceramah agama bertajuk ‘Konsep Hijrah Dalam Kehidupan’ yang disampaikan oleh penceramah undangan, Awang Abdussalam bin Haji Ali.

    Kemudian, majlis turut diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Dikir bagi meraikan dua orang pelajar saudara baru kampus berkenaan iaitu Dayang Nur Amelia binti Muhammad Ardi @ Amelia anak Kennedy dan Dayang Nur Farah binti Abdullah Cheong @ Farah Cheong, serta penyampaian cenderahati kepada kedua-dua saudara baru berkenaan oleh tetamu kehormat.

    Antara lain tujuan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1439 itu diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran para pelajar melalui pengisian ceramah serta mendedahkan mereka dengan amalan-amalan berkebajikan dalam mendekatkan pelajar kepada masjid serta melazimkan pelajar dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda