OTTAWA, 27 MAC – Kanada membantah pelan Amerika Syarikat (AS) untuk menghantar tentera ke bahagian Utara sempadannya untuk menangkap orang yang cuba untuk merentas sempadan yang mungkin dijangkiti COVID-19, Perdana Menteri Justin Trudeau berkata kelmarin.
Trudeau dan Timbalan Perdana Menteri, Chrystia Freeland memberi respon kepada berita dunia yang mengatakan bahawa pegawai Rumah Putih sedang berbincang seperti mengarahkan tentera ke sempadan yang baru ditutup, sempadan terpanjang di dunia sepanjang 8,900 kilometer.
Di tengah-tengah pandemik koronavirus, sempadan telah ditutup sejak Sabtu lalu kepada perjalanan yang kurang penting di kedua-dua negara, melainkan perdagangan merentas sempadan.
“Kanada dan AS mempunyai sempadan tanpa melibatkan tentera terpanjang di dunia. Dan ia adalah demi kepentingan kedua-duanya untuk ia terus ditutup,” Trudeau berkata.
Beliau berkata pentadbirannya telah memaklumkan kepada AS bahawa perjalanan orang dan perdagangan ‘telah memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan kepada ekonomi kami dengan besar. Dan kami rasa ia sepatutnya kekal begitu.”
Freeland memberi amaran, “Bagi pandangan Kanada, ini merupakan langkah yang tidak perlu, kami rasa ia akan merosakkan hubungan (dua hala).”
Beliau memberitahu bahawa Washington belum lagi membuat sebarang keputusan, tetapi menambah, “Kami tidak percaya sama sekali ia akan menjadi justifikasi kesihatan awam untuk (AS) membuat langkah ini.
“Kami telah berkata kami tidak rasa ia ada tindakan yang tepat untuk melayan rakan yang dipercayai dan sekutu ketenteraan.” Dianggarkan 400,000 dan barangan bernilai $2 bilion, kebiasaannya akan merentas sempadan setiap hari.
Global News berkata kurang dari 1,000 orang tentera AS akan ditempatkan sekitar 30 kilometer dari sempadan Kanada, di antara pegawai pemeriksaan sempadan, dan menggunakan sensor teknologi untuk mengesan perjalanan yang tidak teratur.- AFP
