Thursday, March 13, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanada batalkan pembelian vaksin COVID Novavax

    OTTAWA, 12 MAC – Kanada telah membatalkan perjanjian dengan syarikat bioteknologi AS, Novavax, untuk pembelian vaksin COVID yang sepatutnya dihasilkan di sebuah kemudahan baharu di Kanada, menurut fail pengawalseliaan yang dikeluarkan kelmarin.

    Syarikat yang berpusat di Maryland itu berkata mereka menerima notis pada Jumaat lalu bahawa kerajaan Kanada ‘menamatkan dengan serta-merta’ perjanjian pada Januari 2021 untuk membeli jutaan dos vaksin.

    Punca pembatalan itu, katanya, adalah kerana syarikat tersebut ‘tidak menerima kelulusan pengawalseliaan untuk vaksin COVID -19 yang menggunakan antigen pukal yang dihasilkan di Biologics Manufacturing Centre Inc’ di Montreal menjelang akhir 2024.

    Ottawa telah mengumumkan pada awal 2021 bahawa Novavax akan menjadi syarikat pertama yang menghasilkan vaksin COVID -19 di Kanada.

    Kerajaan dan syarikat itu menandatangani memorandum persefahaman untuk mendirikan sebuah kemudahan pengeluaran baharu di Montreal. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda