Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanada dikenakan tarif 35% mulai 1 Ogos

    WASHINGTON, 11 JULAI – Kanada bakal berdepan tarif sebanyak 35 peratus ke atas eksport ke Amerika Syarikat (AS) bermula 1 Ogos, menurut Presiden AS, Donald Trump dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, kelmarin.

    Tarif itu merupakan yang terbaharu daripada lebih 20 surat seumpamanya yang dikeluarkan oleh Trump sejak Isnin lalu, ketika beliau terus meningkat tekanan dalam perang perdagangan terhadap puluhan ekonomi lain.

    Kanada dan AS kini terlibat dalam rundingan perdagangan dengan harapan dapat mencapai persetujuan menjelang 21 Julai, namun ancaman terbaharu itu dilihat telah mengubah tarikh akhir rundingan berkenaan.

    Kanada dan Mexico sedang berusaha mencari jalan untuk memenuhi tuntutan Trump agar perjanjian perdagangan bebas yang menyatukan ketiga-tiga negara dikenali sebagai USMCA dapat dikembalikan ke landasan yang sepatutnya.

    “Sepanjang rundingan perdagangan dengan AS ketika ini, kerajaan Kanada secara tegas telah mempertahankan pekerja dan perniagaan kami. Kami akan terus berbuat demikian ketika kami berusaha sebelum tarikh akhir baharu pada 1 Ogos,” kata Carney dalam satu hantaran di platform media sosial X, semalam. – AFP

    Donald Trump bercakap kepada media sementara Mark Carney memerhati semasa mereka bertemu dalam Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Pomeroy Kananaskis Mountain Lodge, Kananaskis, Alberta, Kanada pada 16 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda