Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanada hadkan permit pelajar antarabangsa sebanyak satu pertiga

    MONTREAL, 23 JAN – Kanada akan mengehadkan sementara permit pelajar antarabangsa baharu sebanyak satu pertiga tahun ini berbanding 2023, kata menteri imigresen negara itu kelmarin.

    Langkah itu bertujuan untuk meredakan permintaan yang meningkat untuk perumahan dan perkhidmatan sosial, dengan jumlah pelajar antarabangsa dijangka meningkat tiga kali ganda daripada 10 tahun lalu.

    Di bawah had tersebut, kira-kira 364,000 pelajar antarabangsa dijangka akan menerima permit pengajian tahun ini, atau penurunan bersih sebanyak 35 peratus daripada 2023. Had untuk tahun 2025 akan dinilai semula pada akhir tahun ini.

    Had tersebut bertujuan untuk ‘meningkatkan integriti program, membantu pelajar antarabangsa untuk berjaya dan mengekalkan tahap kediaman sementara yang mampan di Kanada’, kata Menteri Imigresen, Marc Miller pada sidang akhbar di Montreal.

    “Adalah satu perkara yang tidak menyenangkan untuk menyambut pelajar antarabangsa di Kanada sedangkan tidak semua daripada mereka mendapat sumber yang diperlukan untuk berjaya dan membiarkan mereka pulang dengan rasa hampa dan kecewa dengan sistem pendidikan Kanada,” tambahnya.

    Had tersebut tidak akan terpakai kepada pelajar peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran, mahupun pelajar sekolah rendah dan menengah. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda