Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kanada iktiraf Negara Palestin pada perhimpunan Agung PBB

    HAMILTON, 31 JULAI- Kanada akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada September 2025.

    Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Mark Carney semasa  sidang media di Ottawa.

    Selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet secara maya, beliau berkata langkah itu diambil susulan situasi kemanusiaan yang disifatkan sebagai ‘tidak tertanggung’ di Semenanjung Gaza.

    “Kanada berhasrat untuk mengiktiraf negara Palestin pada sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB pada September 2025,” katanya menurut laporan Anadolu Ajansi.

    Carney mengulangi sokongan berterusan Kanada terhadap penyelesaian dua negara, – sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaya maju dan berdaulat hidup berdampingan secara aman dan selamat dengan Israel.

    Beliau berkata pengiktirafan oleh Kanada juga bergantung kepada komitmen Pihak Berkuasa Palestin untuk melaksanakan ‘pembaharuan yang sangat diperlukan’, sambil berikrar untuk memperkukuh sokongan terhadap tadbir urus demokratik di Palestin.

    “Kanada akan mempertingkat usaha menyokong tadbir urus demokratik yang kukuh di Palestin serta sumbangan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih aman dan penuh harapan,” katanya.

    Beliau turut menegaskan bahawa, “sebarang jalan menuju keamanan berkekalan bagi Israel juga memerlukan kewujudan negara Palestin yang stabil dan berdaya maju.”

    Carney menggambarkan krisis kemanusiaan di Gaza sebagai, “tidak tertanggung dan semakin meruncing”, sambil mengkritik Israel kerana membiarkan keadaan terus memburuk.

    “Kanada mengecam tindakan kerajaan Israel yang membiarkan keadaan di Gaza menjadi semakin teruk,” kata beliau.- Bernama

    PM Mark Carney berhasrat mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB pada September 2025 semasa sidang media kelmarin. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...