TORONTO, 24 OGOS – Kanada hari ini mengumumkan sekatan tambahan terhadap empat individu dan 29 entiti yang mempunyai kaitan langsung dengan kompleks perindustrian ketenteraan Rusia serta sektor kewangan dan nuklearnya.
Mereka yang disekat termasuk “seorang kolonel Angkatan Tentera Rusia yang merupakan komander briged peluru berpandu antipesawat ke-53, yang dikaitkan dengan insiden pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di timur Ukraine,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan kerajaan.
Syarikat yang dikenakan sekatan bertanggungjawab untuk membangunkan produk untuk kegunaan awam dan ketenteraan seperti penerbangan, marin dan peralatan nuklear khas. – Bernama
