Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kanada kenakan tarif beberapa kereta AS

    NEW YORK, 4 APRIL – Kanada bertindak balas terhadap perang perdagangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan mengenakan tarif timbal balik ke atas import kenderaan tertentu dari AS.  

    Ottawa akan mengenakan duti import sebanyak 25 peratus ke atas semua kereta yang tidak dikeluarkan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (USMCA), umum Perdana Menteri Kanada, Mark Carney.  

    Carney menegaskan bahawa Amerika Syarikat bukan lagi rakan kongsi mesra kepada Kanada dan negara itu akan mempertahankan kepentingan serta kedaulatannya.  

    Sementara itu, susulan pertikaian perdagangan dengan AS, Mexico pula sedang mencari kaedah untuk mengurangkan kesan terhadap pengeluar kereta Jerman di negara Amerika Latin itu.  

    Menurut Presiden Claudia Sheinbaum, Volkswagen, BMW dan Mercedes-Benz bersedia untuk menyesuaikan pengeluaran mereka bagi mematuhi peraturan asal sebagai sebahagian daripada USMCA.

    Mexico mahu terus berunding dengan Washington bagi mendapatkan layanan keutamaan ke atas import kereta di bawah perjanjian itu.  – Bernama/Dpa

    Caption: Barisan kereta di kemudahan penyimpanan kenderaan Kereta Api BNSF di Pelabuhan Richmond,California kelmarin. Kanada bertindak balas kenakan tarif kereta import AS. – AF

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...