Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kanada lancar strategi ekonomi baharu Asia-Pasifik

    OTTAWA, 28 NOV – Kanada semalam melancarkan pelan strategi ekonomi dan diplomatik baharu untuk rantau Asia-Pasifik dengan memperuntukkan 2.3 bilion dolar Kanada dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Antara tumpuan utama termasuk mengurangkan kebergantungan Kanada terhadap China dan risiko yang ditimbulkan negara serta memperluaskan kerjasama dengan negara rantau Asia Pasifik lain.

    Kerajaan Perdana Menteri, Justin Trudeau, telah mengasaskan strateginya berdasarkan lima tonggak utama, iaitu mempromosikan keamanan dan keselamatan, terutamanya dengan menghantar kapal perang ke wilayah Asia-Pasifik.

    Tonggak lain termasuk memperkukuh perdagangan dan pelaburan; meningkatkan bantuan antarabangsa untuk wanita; membiayai infrastruktur yang mampan; dan meningkatkan kehadiran diplomatik.

    “Masa depan Indo-Pasifik adalah masa depan kita, kita berperanan membentuknya dan untuk berbuat demikian, kita perlu menjadi rakan kongsi yang benar dan boleh dipercayai,” kata Menteri Luar, Melanie Joly dalam satu kenyataan memperkenalkan dasar itu.

    Tambah beliau, strategi baharu itu ‘menghantar mesej yang jelas kepada rantau ini bahawa Kanada berada ‘di sini’, dan mereka boleh mempercayai negara itu untuk kekal berada ‘di sini’.

    Kerajaan berkata, strategi ‘membentangkan hala tuju yang komprehensif adalah untuk memperkukuhkan pembabitan mereka di Indo-Pasifik sepanjang dekad akan datang, di samping meningkatkan sumbangan kepada keamanan dan keselamatan serantau’.

    Pengumuman itu dibuat selepas lawatan Trudeau dan Joly ke Asia bagi sidang kemuncak Kumpulan 20 di Indonesia, sidang kemuncak ASEAN di Kemboja dan mesyuarat forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Justin Trudeau memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Kecemasan Perintah Awam di Ottawa pada 25 November 2022.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...