Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Kanada lanjut langkah cegah COVID

OTTAWA, 30 JUN – Kanada terus melanjutkan langkah-langkah kawalan pencegahan COVID untuk pelancong asing yang ingin masuk ke negara itu, menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC), kelmarin.

Kawalan pencegahan untuk pelancong yang tiba di Kanada dijangka berkuat kuasa hingga 30 September 2022, lapor Xinhua memetik kenyataan PHAC.

“Di saat kita melangkah ke fasa seterusnya dalam tindak balas COVID, adalah penting untuk kita ingat bahawa wabak ini belum berakhir. Kita mesti terus melakukan semua yang termampu demi memastikan diri dan orang lain selamat daripada virus itu.

Ujian secara rawak akan diteruskan di semua lapangan terbang sehingga pertengahan Julai. – Bernama

Artikel sebelum iniCabaran laut Labuan kembali selepas dua tahun
Artikel seterusnyaRalat
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -