Sunday, July 7, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Kanada lantik wanita pertama pegang jawatan tertinggi tentera

    OTTAWA, 4 JULAI – Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau kelmarin mengumumkan pelantikan Lt. Jeneral Jennie Carignan sebagai wanita pertama mengetuai Angkatan Bersenjata Kanada (CAF).

    Carignan, yang kini ketua Tatakelakuan dan Budaya Profesional dan akan dinaikkan pangkat ke jeneral, akan menggantikan ketua Staf Pertahanan sekarang, Jeneral Wayne Eyre yang akan bersara daripada CAF, kata Trudeau dalam satu kenyataan berita.

    Menurut kenyataan itu, kerjaya ketenteraan Carignan menjangkau lebih 35 tahun dan termasuk memimpin dua Rejimen Jurutera Tempur dan Bahagian Kanada ke-2, di mana dia mengetuai lebih 10,000 tentera.

    Pada 2008, Carignan menjadi wanita pertama dalam sejarah CAF yang memimpin unit senjata tempur. Dia dihantar ke Afghanistan pada tahun berikutnya, dan juga berkhidmat di Bosnia-Herzegovina dan Syria. Dari 2019 hingga 2020, beliau mengetuai Misi NATO Iraq.

    Dia dinaikkan pangkat ke pangkat semasanya pada 2021 dan telah berkhidmat selama tiga tahun sebagai ketua Tatakelakuan dan Budaya Profesional, mengetuai usaha untuk mengubah budaya ketenteraan.

    Pelantikan itu akan berkuat kuasa pada satu majlis yang akan diadakan pada 18 Julai nanti. – Xinhua

    Jennie Carignan memberi tabik hormat dalam satu upacara di Iraq, Baghdad pada November 2019. Beliau dilantik mengetuai Angkatan Bersenjata Kanada (CAF). – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...