WASHINGTON, 31 JAN – Kurang daripada 24 jam sebelum tarikh akhir Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif menyeluruh ke atas tiga rakan dagangan terbesar Amerika Syarikat (AS) – Kanada, Mexico dan China – ekonomi global sedang bersiap sedia terhadap kesannya.
Tidak lama selepas memegang jawatan bulan ini, Trump berkata beliau merancang untuk memperkenalkan 25 peratus tarif ke atas negara jiran Kanada dan Mexico pada 1 Februari melainkan mereka bertindak tegas terhadap pendatang tanpa izin yang melintasi sempadan AS dan kemasukan fentanyl yang boleh membawa maut.
Dia turut menyasarkan tambahan 10 peratus duti ke atas barangan China Sabtu lalu termasuk fentanyl.
Beliau telah mengulangi janjinya terhadap tarif yang dikenakan ke atas ketiga-tiga negara itu, kelmarin. Beliau juga menaikkan semula ancaman tarif 100 peratus ke atas negara BRICS – sebuah blok termasuk Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan – jika mereka memberikan saingan kepada dolar AS.
Fentanyl, berkali ganda lebih kuat daripada heroin, bertanggungjawab untuk berpuluh-puluh ribu kematian berlebihan setahun. Beijing sebelum ini menolak tuduhan tentang penglibatannya dalam perdagangan dadah itu, manakala Kanada pula memberikan respons bahawa di bawah 1 peratus pendatang tanpa izin dan fentanyl yang memasuki AS tiba melalui sempadan utaranya. – AFP