WASHINGTON, 31 MEI – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pada Isnin mengumumkan usaha mengetatkan undang-undang membabitkan senjata api termasuk melaksanakan pembekuan senjata api secara nasional, lapor United Press International (UPI).
Trudeau memperkenalkan Rang Undang-Undang C-21, iaitu beberapa langkah kawalan senjata api yang ketat sejak lebih 40 tahun, susulan peningkatan keganasan melibatkan penggunaan senjata berkenaan.
“Nyawa mereka yang terbunuh akibat keganasan senjata api adalah merugikan. Saya telah melihat kesan yang dialami akibat keganasan senjata api dalam komuniti di seluruh negara.
“Jika diluluskan, undang-undang itu tidak lagi membenarkan pembelian, penjualan, pemindahan atau mengimport pistol di seluruh Kanada.
“Dalam erti kata lain, kami mengehadkan pasaran,” kata Trudeau pada sidang akhbar.
Pada Mei 2020, Trudeau menguatkuasakan larangan ke atas 1,500 senjata termasuk senapang M4, AR-10 dan AR-15, susulan insiden tembakan di Nova Scotia sebulan sebelumnya yang mengakibatkan 22 orang terbunuh. – Bernama