Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanada turut sekat semua penerbangan Rusia

    OTTAWA, 28 FEB – Kanada telah menutup ruang udaranya kepada semua syarikat penerbangan Rusia sebagai protes terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, umum Ottowa, kelmarin.

    Tetapi larangan itu pantas diuji apabila, menurut pegawai Kanada, sebuah pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot terbang melintasi negara itu.

    Penerbangan Aeroflot 111 telah berlepas dari Miami, Florida, menuju ke Moscow.

    Mengumumkan langkah itu hari ini, Menteri Pengang-kutan, Omar Alghabra berkata mereka akan mempertanggungjawabkan Rusia atas serangan tanpa provokasinya terhadap Ukraine.

    Sementara itu, penutupan yang dilaksanakan berkuat kuasa serta-merta, menyelaraskan Kanada dengan sebahagian besar negara-negara Eropah.

    Di samping itu, walaupun tiada penerbangan terus antara lapangan terbang Kanada dan Rusia, keputusan oleh negara kedua terbesar di dunia sementara Rusia adalah yang terbesar telah berjanji akan merumitkan penerbangan oleh Aeroflot sama ada perjalanan menuju atau berlepas dari AS, serta negara lain yang menuju ke arah selatan.

    Manakala, mana-mana penerbangan yang dimiliki, disewa oleh atau digunakan bagi kepentingan Rusia termasuk penerbangan peribadi telah diharamkan dari ruang udara Kanada, kata jurucakap kementerian pengangkutan, Valerie Glazer kepada AFP melalui e-mel.

    Walau bagaimanapun, penerbangan Aeroflot telah ‘melanggar larangan’ tersebut, menurut yang ditulis dalam laman Twitter milik agensi kerajaan.

    “Kami melancarkan kajian tata laku Aeroflot dan penyedia perkhidmatan Navigasi udara bebas, NAVCAN, yang membawa kepada pelanggaran itu,” katanya.

    “Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kuatkuasa dan langkah lain bagi mencegah pencerobohan akan datang.” – AFP

    Kanada telah menutup ruang udaranya kepada semua syarikat penerbangan Rusia sebagai protes terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda