Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanada umum pelaburan bangun kilang kereta elektrik

    OTTAWA, 9 OKT – Kerajaan Perdana Menteri Justin Trudeau dan wilayah Ontario hari ini mengumumkan pelaburan sebanyak AS$223 juta setiap satu di sebuah kilang Ford yang disebut sebagai kilang kendera-an elektrik terbesar di Amerika Utara.

    Pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Ontario Doug Ford, Trudeau menganggap pelaburan itu sebagai salah satu langkah pertama untuk membangun industri automotif generasi akan datang.

    Ia juga akan membantu Kanada – jika warga Kanada membeli kenderaan elektrik yang dihasilkan di kilang – bergerak menuju matlamatnya untuk mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050, katanya.

    Loji pemasangan Oakville, Ontario akan digunakan semula sebagai sebahagian perjanjian yang diumumkan bulan lalu antara Ford Motor Company dan Unifor, untuk membangunkan lima model kenderaan elektrik baharu dan bateri yang akan menggerakkannya. Projek ini juga akan menjana sehingga 5,400 pekerjaan di Kanada, termasuk lebih dari 3,000 pekerjaan di kilang Oakville.

    “Pengumuman hari ini mewakili pelaburan terbesar dalam sektor automatik Ontario dalam lebih dari 15 tahun,” kata Doug Ford, sambil menambah bahawa kilang itu “akan menjadi kemudahan pembuatan kereta elektrik terbesar di Amerika Utara.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda