Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak 12 tahun maut dibaham buaya

    KUCHING, 18 SEPT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai dibaham buaya di Kampung Empila, Kota Samarahan kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar raya di Sarawak hari ini.

    Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mayat kanak-kanak itu dijumpai kira-kira 10 meter dari tempat terakhir mangsa dilihat.

    PGO JBPM menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 7.53 pagi tadi dan menurut saksi sebelum kejadian mangsa yang berada di atas perahu dipercayai sedang memasang jala. 

    “Saksi kemudian mendengar mangsa menjerit dan apabila melihat ke arah lokasi suara tersebut mendapati mangsa telah hilang. Saksi terus ke lokasi dan membuat pencarian awal sebelum menghubungi talian kecemasan.

    “Mangsa berjaya dijumpai pihak bomba pada jam 9.50 pagi dan mengalami kecederaan pada bahagian dada.  Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    GAMBAR DARI JBPM SARAWAK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda