Tuesday, October 4, 2022
24.3 C
Brunei

Kanak-kanak 6-11 tahun diberi vaksin minggu depan

-

SANTIAGO, 9 SEPT – Chile akan memberikan suntikan vaksin COVID-19 ter-hadap remaja berusia 14 hingga 17 tahun, dan kanak-kanak 6 hingga 11 tahun berdasarkan penilaian kesihatan, bermula minggu depan, lapor Xinhua.

“Bermula Isnin (13 September) dan Khamis (16 September) remaja berusia 14 hingga 17 tahun boleh mendapatkan suntikan di Cesfams (Pusat Komuniti Kesihatan Keluarga) termasuk kanak-kanak berumur 6 dan 11 tahun yang mempunyai penyakit komorbiditi, “ kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam Paula Daza kepada wartawan kelmarin.

“Chile antara negara pertama di du-nia yang mula memberi suntikan vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak, ini pen-ting bagi melindungi mereka,” kata Daza.

Institut Kesihatan Awam pada Isnin meluluskan CoronaVac yang dibangunkan farmasi China Sinovac bagi kegunaan kecemasan, untuk kanak-kanak dan remaja berusia 6 hingga 17 tahun. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -