Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak antara 12 PATI diusir

    KUCHING, 30 OGOS – Pasukan Markas Divisyen Pertama Infantri (1 Div) mengusir 12 pendatang tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia yang cuba memasuki Sarawak secara haram dalam dua insiden berasingan Ahad lepas.

    Sel Perhubungan Raya Markas 1 Div dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam insiden pertama pada pukul 2 petang, tiga individu dikesan berjalan kaki memasuki persempadanan Malaysia semasa anggota pasukan sedang menjalankan rondaan di lorong tikus sekitar Kampung Stass, Serikin di Bau.

    “Setelah ditahan dan disoal siasat, kesemua mereka yang berusia antara 20 dan 35 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan memasuki Malaysia kerana ingin mencari kerja,” menurut kenyataan itu.

    Dalam insiden kedua pada pukul 4:45 petang pula, sembilan individu dikesan cuba memasuki Malaysia secara haram dari arah Indonesia melalui lorong tikus di Biawak, Lundu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda