WASHINGTON, 1 MAC – Amerika Syarikat (AS) dijangka boleh memulakan pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak antara musim luruh sehingga awal tahun depan.
Penasihat pandemik Rumah Putih, Anthony Fauci, berkata kanak-kanak di peringkat lebih muda dijangka menerima suntikan itu seawal 2022 namun bagi golongan sama yang lebih tua dijangka boleh dilaksanakan pada musim luruh.
“Sekarang ini kita mempunyai tiga jenis vaksin yang sangat berkesan,” kata Fauci menerusi ABC ‘ThisWeek’.
Fauci melalui ‘Meet the Press’ NBC pula berkata kanak-kanak lingkungan usia 14 hingga 18 tahun iaitu di peringkat sekolah menengah seharusnya boleh mendapatkan vaksin pada musim luruh ini.
“Saya tidak pasti mengenai tarikh tepat mengenai hari pertama sekolah dibuka, namun boleh dikatakan ia berada dalam masa terdekat ini.
“Data mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin untuk kanak-kanak di peringkat awal persekolahan dan sekolah rendah membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga 13 tahun di AS masih dikumpul.
“Secara realistiknya, mereka masih belum boleh menerima vaksin sehingga akhir tahun ini atau awal 2022,” katanya. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2021/03/PAGE-13-Gambar-WEB-tuk-Kanak-Kanak_02032021.jpg)