Saturday, November 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak cipta rekod dunia sebagai artis lelaki termuda

    GHANA, 31 MEI – Ace-Liam Ankrah, seorang kanak-kanak dari Ghana telah mencipta rekod sebagai artis lelaki paling muda di dunia.

    Ibunya, Chantelle Kukua Eghan, berkata semuanya bermula secara kebetulan apabila anaknya, yang ketika itu berusia 6 bulan, menemui cat akrilik miliknya.

    Eghan, seorang artis dan pengasas Studio Seni dan Koktel, sebuah bar yang menawarkan pelajaran melukis di ibu negara Ghana, Accra, berkata dia sedang mencari cara untuk menghiburkan anak lelakinya sementara dia melukis di kanvasnya sendiri.

    “Saya membentangkan kanvas di atas lantai dan menambah cat kepadanya dan kemudian semasa dia merangkak, dia akhirnya menyebarkan semua warna pada kanvas itu,” katanya.

    Dan itulah bagaimana karya seni pertamanya, ‘The Crawl’ tercipta, beritahu Eghan, 25, kepada The Associated Press.

    Eghan memutuskan untuk memohon rekod itu pada Jun lalu. Pada bulan November, Guinness World Records memberitahunya bahawa untuk memecahkan rekod sebelumnya, anaknya perlu mempamerkan dan menjual lukisan.

    Dia mengatur pameran pertama Ace-Liam di Muzium Sains dan Teknologi di Accra pada bulan Januari, di mana sembilan daripada 10 karyanya yang disenaraikan telah dijual. Dia enggan menyatakan berapa harga lukisan itu dijual.

    Kemudian, Guinness World Records mengesahkan rekod itu dalam satu kenyataan dan minggu lalu mengisytiharkan bahawa ‘pada usia 1 tahun 152 hari, Ace-Liam Nana Sam Ankrah dari Ghana adalah artis lelaki termuda di dunia.’ – AP

    Ace-Liam Nana Sam Ankrahmelukis di galeri seni ibunya di Accra, Ghana pada 27 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda