Monday, April 21, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak kanak diajar buat pasta

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Bagi mengembangkan kemahiran kanak-kanak, Pastamania Brunei telah mengadakan kelas membuat pasta yang diadakan di Freshco, Batu Satu, di sini, hari ini.

    Sebelum membuat pasta masing-masing, para peserta diberi pengetahuan mengenai fakta menarik mengenai pasta dan menyediakan demonstrasi bagaimana membuatnya dari awal.

    Kelas ini antara lain bertujuan untuk mengembangkan kemahiran bersosial kanak-kanak apabila berinteraksi dengan rakan-rakan mereka yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

    Kelas membuat pasta ini merupakan kali kedua ditawarkan oleh Freshco bagi bulan Julai dan Ogos diikuti dengan kelas membuat piza yang dikendalikan oleh Pastamania yang akan diadakan pada 13 Ogos nanti. Selain itu, kelas membuat sushi juga akan diadakan pada 20 Ogos nanti yang dikendalikan oleh Sushi Tei.

    Kanak-kanak diajar cara-cara membuat pasta oleh kakitangan Pastamania.
    Kanak-kanak diajar cara-cara membuat pasta oleh kakitangan Pastamania.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda