Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak dibaham buaya ketika mandi sungai

    SANDAKAN, 23 JUN – Seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya ketika mandi sungai di Kampung Lembaga Batu 8, Jalan Datuk Tay petang tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui berkata mayat Mohd Radhi Randi, 9, ditemukan orang kampung pada jam 3:05 petang, kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa mandi.

    “Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12:16 tengah hari berkaitan mangsa dibaham buaya ketika mandi di sungai.

    “Susulan itu, sepasukan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan diketuai Pegawai Bomba Kanan II Alan Ayuh bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata pihak bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan kaedah mencari di permukaan air yang turut dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda